Seram: Lelaki Yg Minum Air Botol Boleh Bertukar Jadi Pondan



Eh, korang lelaki..mengapa suka minum air dalam bekas plastik? Korang tau tak, minum air bekas plastik boleh menjejaskan keseimbangan hormon dalam tubuh dan seterusnya boleh menukar lelaki perkasa menjadi seorang maknyah?

Mengikut Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) terdapat dua jenis bahan di dalam bekas minuman plastik iaitu BPA dan Nonylphenol. Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.

“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia (lelaki) bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” kata Prof Pauzi seperti yang JR baca dalam Jurnal Kosmo hari ini.

Kata Prof Pauzi, BPA dan Nonylphenol  sangat-sangat membahayakan lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki yang perkasa kepada ciri wanita yang lemah lembut.

“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia. Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.

Sebagai contoh, Prof Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya. Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.

Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina...alias buaya pondan!!

“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan. Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut. Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter. Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.

Seram kan membaca berita ni? Patut ler zaman sekarang ramai sangat lelaki bertukar jadi mak nyah, rupanya itu puncanya... masa kecil suka minum air botol!!

Oleh tu, jika korang lelaki sila ambil perhatian apa yang Prof Pauzi katakan itu. Jika korang pompuan pula, nasihatilah suami, tunang atau teman lelaki korang supaya jangan minum air bekas plastik jika sayangkan kejantanan mereka..

Mujurlah JR tak suka minum air botol,   sebab tu kot isteri JR tak putus-putus  mengandung!!!!

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments